Apartmen Kenanga

riuh rendah bunyi bebudak, bau kepam hasil orang sidai tilam

10:16 AM

|cucuk jarum|

rungutan Ketua Blok



Amran adalah seorang pelajar Tingkatan 4. Di usia begini, norma nya beliau akan begitu keinginan mencari pasangan bercanda. Darah muda katakan. Pakej yang Amran miliki adalah pakej boleh tahan. Macam Aaron Aziz. Tang rambut sahaja je lah.

Sewaktu keluarga Amran sedang sibuk mengemas rumah selepas selesai solat isyak, Amran duduk di taman bawah melayan sms, dan pada masa yang sama membelek belek koleksi 3gp di dalam hanset CSL nya itu. Tatkala itu, kelibat seorang wanita freehair lepas rambut berbaju kurung kampung termenung di tangga rumah pangsa. Amran pun melihat tanpa berkelip. Mulut Amran secara automatik men'suwit' wanita itu. Sekuntum senyuman dilemparkan, dan Amran terkujar melihat keayuan wanita.

Amran hendak bangun dan pergi ke arah wanita itu, tetapi wanita tersebut datang menyapa terlebih dahulu.

"hai awak, sorang je ke?" ujar wanita tersebut
"haah, awak pun kan? kenapa termenung je. teringat kat seseorang ke?" pandai Amran memancing ayat. Biar pancing bukan Shimano, asal umpan cukup bancuhan.

"eh tak lah. saya termenung bukan teringat dekat seseorang. saya pun tak tau termenung pasal apa"
"oh. tapi awak macam runsing je. tak nak kongsi dengan saya? saya pun banyak masa terluang ni" ujar Amran. Padahal adik beradik Amran tengah separuh mati punggah barang sambil menyumpah nyumpah beliau.

"macam ni...errrr...ape nama awak eh?" si gadis ingin memulakan bicara
"saya Amran. tapi entah kenapa banyak yang panggil saya Ron. saya accept je lah."
"ouhh..Ron eh? saya Laili.  okay okay..em..macam ni..."
"kejap, ada habuk kat rambut awak.." Amran mengorak langkah. Syaitan dah naik kat otak.
"hehe..terima kasih. sweet la awak ni.."
"biasalah..saya selalu kena sengat semut..manis sangat la katakan.." 
"okay..macam ni..saya ada problem pasal rumah saya..makin hari makin takda tempat..macam makin sempit.."
"eh, boleh pulak gitu? kenapa? banyak barang?"
"tak lah, kereta banyak parking. ye lah, tempat baru naik kan.."
"ha..?? kejap kejap..mana rumah awak?"

Dan si gadis pun menunjuk ke arah sebatang pokok besar yang penuh dengan kereta penghuni penghuni di bawahnya.





"ha, tu lah rumah saya. sebab tak selesa sikit, saya duduk kejap dekat tangga rumah pangsa ni. nampak awak sorang sorang kat taman. haha"

Amran dah hilang dah masa tu. Terus cari selimut kat rumah. Bapa Amran pula esoknya terus cari ustaz mana mana yang tau ubatkan.

6:18 AM

|punggah barang|

rungutan Ketua Blok

Sedang Jamil sibuk mengangkat tilam masuk ke lot rumah baru nya di aras 3, isterinya pula sedang sibuk mengarahkan anaknya mengangkat koleksi majalah Mangga milik beliau.

"Cepat lah! Lembab betul kau buat kerja ni Daniel!" ujar Sutini si isteri Jamil. Sutini di risik Jamil sewaktu Jamil sedang berkerja sebagai buruh di kuari lama tempat mereka berkerja. Sutini bertugas sebagai pelayan kantin. Memang kena dengan Jamil yang selalu curi tulang minum di situ. Sutini boleh dikatakan hot, ikut orang kata, kalau dapat memang tak keluar rumah. Selepas Jamil berkahwin, memang tak keluar rumah, tapi kerana terpaksa mengikut kerenah Sutini. Basuh baju pun kekadang Jamil buat. Sutini pulak seronok layan Ewah Ewah.

Sedang asyik mengarahkan anak nya, Sutini di tegur jiran sebelah.

"Banyak Mangga acik? Acik kumpul ke?" ujar Yati. Yati ni anak bakal jiran sebelah rumah Sutini. Tahun ini, Yati kena bersiap sedia menduduki UPSR.

"Ehhhh, mesti dik. Kita mesti tau hal hal artis ni. Akak tak nak ketinggalan jugak. Kan sekarang banyak cerita top. Mestila kita tahu. Ape..orang omputih cakap tu..? Em...aptudet. Kan?" ujar Sutini bangga dengan pengetahuan tentang bidang artis, persis Mama Juwie.

"Oh eh? Macam tu eh? Kita tak tau sangat hal hal artis ni acik. Tak pandai sangat. Lisa Surihani tau lah, tu pun sebab akak kite tengok Adamaya."

"Haha. Bagus lakonan Lisa. Makcik suka sangat! Adik nak tau tak? Kekadang orang kata muka makcik macak Lisa Surihani  lah!" 

Dan Daniel yang sedang sibuk memunggah buku dan terdengar perbualan itu, mengumat ngamit.

"Haah ye. Sama betul dengan Lisa Surihani. Sama. Memang betul sama. Sama dengan Lisa Surihani punya tumit."

5:04 AM

|tercipta sejarah|

rungutan Ketua Blok



Dan hari yang ditunggu tunggu sudah tiba. Apartmen kos rendah yang mampu di miliki oleh ramai penghuni yang datang dari berbilang ragam, pengalaman, usia, latar belakang dan kerenah, siap di bina di suatu kawasan yang permai dan hening.

Rata rata penghuninya semua datang dari mereka yang dipindahkan oleh kerana projek kerajaan membuat jalan raya bercukai. Ibarat lalang, meliuk lentok mengikut telunjuk orang atasan.

Dan di sini, agenda baru bermula bagi ramai penduduk. Tempat baru, rezeki baru mungkin?

Harapan nya lah.